ALLAH IS THE BEST PLANNER

0
286

Apa yang kita rancangkan dari awal tahun ini tidak menjadi diakhirnya. Ditambahkan lagi diuji dengan dugaan berat bagaikan memusnahkan segala benda yang ada pada diri kita.

Bukan senang untuk bangkit meneruskan kehidupan sediakala seperti sebelum ini dengan bermacam kekurangan bagaikan sudah tiada harapan untuk meneruskan kehidupan ini. Bersabarlah, itulah sikap yang perlu kita ada pada masa sekarang walaupun ianya terasa berat pada diri untuk lakukannya

Yakinlah, bahawasanya Allah Yang Maha Pemberi akan menggantikan perkara yang lebih baik lagi dari apa yang kita ada dan Dia tidak akan pernah sesekali meninggalkan kita dalam kehidupan ini.

Ingatlah firman Allah Taala bermaksud

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. Surah Al-Anbiya’, ayat 35.

Sabda nabi tentang sabar : “Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur” – [HR Baihaqi:9264].

Semoga Allah jadikan kita hamba-Nya yang bersabar dan bersyukur diatas nikmat pemberian-Nya kepada kita.

Abdullah Ibn Khaldun
(Aktivis ISMA Subang Jaya)

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda