BOLING MERDEKA

0
1536

USJ, 19 Ogos – Bagi mengingati kisah perjuangan para pejuang dalam membebaskan negara yang tercinta ini dari terus berada dalam cengkaman musuh, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Subang Jaya mengadakan program Boling Merdeka untuk pelajar sekolah menengah di Ampang Superbowl Summit.

Ustazah Radhiah telah memberikan pengisian tentang pentingnya menjaga negara serta perlunya kita tahu dan belajar tentang sejarah. Ustazah Radhiah juga berkongsi tentang perjuangan tokoh dalam membebaskan negara dari terus dijajah dan mendapat kemerdekaan.

Pada masa yang sama, adik-adik ini diajak untuk bersama-sama berlawan bermain boling dengan para peserta dari sekolah yang lain serta memupuk semangat berdaya saing.

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda