USJ, 10 Februari – Hadiah sempena Festival Nazim, Kelab Anak-Anak Hebat Nazim Subang Jaya membawakan program yang dikira sebagai satu ganjaran kepada anak-anak, bagi meraikan usaha masing-masing pada Festival Nazim yang telah berlangsung.
Dimulai dengan lompatan di atas trampoline, diikuti dengan lompatan ke atas ‘sponge cubes’, diteruskan dengan permainan halangan ala-ala rancangan Wipeout, bola keranjang dari atas trampoline, perlawanan ‘dodge ball’ dan akhir sekali laluan berhalangan sebanyak tiga tingkat.
Dari sinilah kita dapat melihat potensi dan peribadi kanak-kanak, di samping melihat sisi mana yang boleh dikembangkan lagi.
Moga dengan kesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar ini, anak-anak Nazim Subang Jaya berjaya menjadi khalifah cilik dan menjadi qudwah bagi rakan-rakan sebaya dalam mendepani cabaran hidup yang bakal mendatang.