Hari Keluarga ISMA Subang Jaya 2018

0
1155

Hulu Langat, 28 Januari – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Subang Jaya telah menganjurkan program Hari Keluarga selama dua hari satu malam baru-baru ini di Singgah Santai Resort, Hulu Langat.

Pelbagai aktiviti santai anak-anak, remaja dan dewasa telah disediakan di samping dapat mengenali ahli Isma yang terdiri daripada berbagai-bagai lapisan umur dengan lebih rapat.

Pengarah program, Tn Hj Azman Bakri berkata program ini julung kali diadakan oleh Isma Subang Jaya dan beliau berbangga dapat mengenali keluarga ahli Isma yang semakin ramai dari tahun ke tahun berikutnya.

Beliau berharap Hari Keluarga ISMA Subang Jaya akan dilakukan setiap tahun.

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda