Himpunan Pengundi Sedar

0
1962

GPS dengan kerjasama Pemuda ISMA akan mengadakan satu himpunan besar yang dinamakan sebagai Himpunan Pengundi Sedar untuk mengajak seluruh rakyat mengundi calon Muslim Berwibawa PRU14 nanti.

Menyedari hakikat bahawa negara ditadbir oleh individu yang tidak berintegriti, skandal rasuah berleluasa, kepentingan bumiputera yang dipinggirkan, dan kerosakan nilai sistem semak imbang individu-individu samada daripada pihak Pemerintah atau Pembangkang, maka Gerakan Pengundi Sedar (GPS) bangkit untuk memberi kesedaran kepada rakyat akan kepentingan mengundi calon yang berwibawa pada pilihanraya akan datang. 

GPS menetapkan 5 ciri sebagai indikator calon berwibawa

  1. Mengangkat agenda Islam dan aspirasi perlembagaan di dalam parlimen.
  2. Memperjuangkan agenda bumiputera.
  3. Berintegriti, cekap dan mahir dalam urus tadbir.
  4. Bebas dari pengaruh asing dan mempunyai agenda perpaduan umat dan rakyat.
  5. Mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara tamadun Melayu.

GPS adalah gerakan bebas yang ditubuhkan pada Oktober 2017 atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan penunjuk arah untuk menghadapi pilihan raya. GPS mempunyai agenda untuk mengangkat calon muslim berwibawa dan layak bagi memenuhkan Dewan Rakyat.

Ayuh kita jumpa disana 8 April ini.

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda