ISMA Subang Jaya bersama komuniti masyarakat Taman Perindustrian Puchong

0
84

Oleh Najmi Aiman Suhaimi

Shah Alam: Kelab Bola ISMA Subang Jaya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan Taman Perindustrian Puchong di Laman Sukan MBSJ, Taman Sri Puchong baru-baru ini.

KB ISMA SJ diketuai Muhammad Rahmat Yusoff merangkap Ketua Pemuda ISMA Subang Jaya dan dibarisi pemain-pemain muda yang majoritinya dari Alam Megah, Seksyen 27, USJ dan Puchong. Manakala pasukan lawan diketuai Aris Samad atau dikenali sebagai Imam Aris, Pengerusi Surau Ar-Rahman, Taman Perindustrian Puchong.

Perlawanan yang berlangsung selama 60 minit itu dimenangi pasukan Taman Perindustrian Puchong dengan keputusan 3-0. Walaupun kedua-dua pasukan tampak keletihan, namun kepuasan jelas tergambar di wajah setiap pemain memandangkan masing-masing sudah lama tidak beriadah di padang susulan pandemik Covid-19.

Kalah menang adat permainan. Keputusan perlawanan mungkin tidak menyebelahi KB ISMA SJ tetapi ukhuwah yang dibina antara ISMA Subang Jaya dan komuniti setempat dapat terus dipupuk dan membentuk budaya sihat cergas. Insya Allah KB ISMA SJ akan terus membina kekuatan dan pengalaman.

#ISMASubangJaya
#BersamaKomuniti

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda