- RUANG IKLAN -

Kejatuhan Khalifah Islam bukan disebabkan ditawan oleh musuh. Akan tetapi dijatuhkan oleh umat Islam sendiri yang sudah menolak dan memisahkan pengamalan Islam dalam kehidupan mereka. Mereka ditipu dan dihasut oleh Barat sehingga sanggup meniru budaya musuh yang dianggap lebih maju selepas  memisahkan agama dalam kehidupan.

Akibat terpedaya dengan tamadun kebendaan, satu-persatu sistem dalam Islam mula tertanggal. Antaranya sistem perundangan Islam bertukar kepada perundangan barat, pemakaian cara Islam digantikan dengan ala barat, dari segi pemikiran, berubah dari pemikiran Islam kepada pemikiran berunsurkan barat seperti semangat Nasionalisme, Sekularisme dan lain-lain semakin mencengkam dalam kehidupan dan banyak lagi.

Akhirnya pada 3 Mac 1924 adalah kemuncak penolakan sepenuhnya pengamalan Islam dalam kehidupan apabila Mustafa Kamal Ataturk melengkapkan puzzle kerosakan dengan menghapuskan sepenuhnya kuasa khalifah yang merupakan sistem politik dan kepimpinan Islam hanya tinggal nyawa-nyawa ikan lenyap sepenuhnya di atas muka bumi sehingga ke hari ini.

Kesan terhapusnya kuasa khilafah Islam dapat dilihat sehingga ke hari ini, apabila umat Islam sudah berpecah-belah umat Islam dan tidak bersatu lagi. Antaranya, sebahagian daripada mereka terlalu meagungkan budaya musuh dengan menjadikan role model dalam pembentukan identiti kehidupan mereka. Manakala terdapat sebahagian yang lain menjadi mangsa kekejaman musuh apabila negara mereka dijajah dan tiada bantuan ketenteraan diberi kerana tiada tempat mereka bernaung yang dapat melindungi mereka. Terdapat sebahagian yang lain pula masih lagi meneruskan tradisi pergaduhan kerana perbezaan mazhab yang tiada penghujungnya malah menambahkan lagi barah perpecahan sesama umat Islam.

Disamping itu, dari segi pembentukan negara. Majoriti umat Islam membentuk negara mereka yang baru berasaskan undang-undang dan sistem pemerintahan yang ditinggalkan oleh penjajah, menyebabkan mereka menghadapi kesukararan untuk menegakkan kembali perundangan Islam dalam negara mereka pada masa kini.

Jadi, adalah tugas kita untuk menaikkan kembali sistem Islam dipersada dunia dan membina sebuah tamadun yang baru berasaskan acuan Islam. Dengan pembinaan tamadun baru berdasarkan syariah inilah dapat mengembalikan dan memulihkan keamanan dunia. 

Abdullah Ibn Khaldun
Aktivis ISMA Subang Jaya.

- RUANG IKLAN -

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda