Lagu ISMA

Ini merupakan lagu rasmi Ikatan Muslimin Malaysia. Segala gambar dan video dari muzik ini merupakan program-program anjuran ISMA Subang Jaya sejak awal penubuhan bermula tahun 2014

Lagu rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Pencipta : Nazrey Johari

Lirik : Nazrey Johari/ JKP ISMA

Lirik lagu

Berlandaskan al-Quran dan sunnah
Kita bersatu berukhuwwah di ISMA
Dengan keikhlasan dan kejujuran
Mari bekerja, berjuang dan berjihad

Bukan mengejar pangkat dan harta
Bukan mencari wang dan kekayaan
Demi berkhidmat kepada bangsa
Untuk mendapat redha Illahi

Teman di ISMA kita jadikan
Saudara sahabat yang sejati
Bersatu teguh dan istiqamah
Miliki sifat mukmin mulia

Bertolong bantu kerana Allah
Contohi peribadi rasul
Berjuanglah…bersama ISMA
Untuk agama, negara dan bangsa

Bersama ISMA kita berjihad
Ikuti sunnah Rasul

Berjuanglah… berkorbanlah…
Moga amal diterima Allah
Dalam Ikatan Muslimin Malaysia