MERDEKA MENTAL, EMOSI, ROHANI & JASMANI

0
184

Bulan kemerdekaan ini membuatkan diri ini terfikir. Apakah erti negara merdeka? Apakah kaitannya kemerdekaan dengan diriku?

Negara kita sudah merdeka 64 tahun. Namun sudahkan kita merdeka bersama dengan negara, ataupun diri ini masih lagi seakan-akan masih lagi dijajah?

Mental Merdeka

Mental yang merdeka adalah mental yang tidak terikat dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat atau tekanan yang tidak perlu. Masihkah kita mudah koyak dengan kata-kata nasihat mahupun cemuhan? Adakah pemikiran kita memikirkan perkara yang dibuat-dibuat serta tidak perlu (pengetahuan tentang game/movie/dll) ataupun digunakan untuk mencari jalan mebantu masyarakat dan orang-orang yang memerlukan? Adakah mental ini Mental yang mampu berfikir dengan waras, jelas, bermatlamat, dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat dan bersih daripada unsur barat? Merdekahlah duhai mental..

Emosi Merdeka

Terdagadaikah emosi kepada perkara-yang tidak sihat dan bermanfaat (menangis kepada movie, artis, dan lain-lain)? Adalah keputusan kita terikat kepada emosi? Adakah emosi kita dikawal oleh jiwa yang merdeka atau jiwa kita masih lagi terjajah dengan emosi yang tidak terkawal? Merdekalah duhai emosi..

Rohani Merdeka

Adakah kita cuba menjauhi hakikat kemerdekaan hakiki? Kemerdekaan daripada dosa dan noda. Kerohanian yang merdeka adalah rohani/moral yang baik, akhlak yang mencontohi Rasulullah SAW, serta wujudnya perasaan ihsan kepada yang berhak. Sifat ingin menjauh daripada Al Quran dan Sunnah, rasa tidak perlu untuk membuat kebaikan, dan tidak merasa perlu meperbaiki rohani dari masa ke semasa membuktikan rohani kita belum merdeka. Merdekalah duhai rohani..

Jasmani Merdeka

Merdekakah fizikal kita ataupun masih lagi dijajah? Adakah kita menjaga diri kita sebagaimana angkatan tentera menjaga keamanan negara? Masih ramai yang tidak menjaga tubuh badan yang dikurniakan ini. Menjajah fizikal yang cukup sifat dan sempurna ini dengan makanan-makanan yang tidak sihat, tidak bersenam untuk mengekalkan kecergasan diri dan tidak menggunakan tubuh badan yang sihat untuk perkara yang bermanfaat, ibarat tubuh ini belum merdeka daripada tujuan asal tubuh ini diberikan kepada kita. Merdekalah duhai jasmani..

Sama-sama kita muhasabah dan memerdekakan diri kita sempena bulan kemerdekaan ini.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 64

#MerdekaMerdekaMerdeka
#MalaysiakuMerdeka
#DemiNegara

Sir Faiz

(Aktivis ISMA Subang Jaya)

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda