Penerima Kasih Ramadan bersyukur kepada ISMA Subang Jaya

0
579

USJ, 9 Jun – Seramai 7 buah keluarga terpilih dari Flat Sri Tanjung telah menerima sumbangan sempena program Bakul Ramadan yang dianjurkan oleh Wanita ISMA Subang Jaya dengan kerjasama Surau Madaniah berupa bekalan bahan mentah seperti beras, gula, minyak, biskut dan sebagainya.

Peserta yang menerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf yang tinggal di flat tersebut. Program yang bertujuan untuk menyemai sifat prihatin dan kasih sayang serta menggalakkan umat islam untuk bersedekah di bulan Ramadhan ini telah berjaya dijalankan melalui sumbangan dari masyarakat sekitar yang prihatin.

Sumbangan berbentuk wang ringgit telah dikumpul melalui kempen kutipan derma yang telah dijalankan pada bulan Mei yang lalu.

Penganjur dan para peserta menyatakan penghargaan kepada para penyumbang dan berharap program sedemikian dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda