Biro Dakwah

Pengenalan

Menjadi tempat masyarakat mendapatkan pencerahan berkaitan permasalahan agama serta rujukan dalam meningkatkan pemahaman dalam urusan agama. Melalui usaha yang berterusan dalam membangun keperibadian insan serta menggencarkan gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Memupuk biah soleh melalui program-program dan jalinan kerjasama.

Visi

Menjadi qudwah dan panduan kepada masyarakat bagi membentuk keperibadian diri selaras dengan syariat Islam.

Misi

  • Melestari kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan hal ehwal agama
  • Memimpin pandangan umum masyarakat tentang syariat Islam
  • Mewujudkan persekitaran yang menghormati, menghargai, dan toleransi antara satu sama lain.
  • Membangunkan modal insan dan membentuk masyarakat yang izzah akan agama Islam

Slogan

Tarbiyah nadi pembangunan ummah


Untuk sebarang kerjasama boleh emel kepada kami di birodakwah@ismasubangjaya.org