Biro Keluarga & Masyarakat

Pengenalan

BKM adalah singkatan bagi Biro Keluarga & Masyarakat, merupakan satu agensi di bawah NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang aktif memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, BKM mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, Islam cara hidup yang unggul dan sempurna.

BKM berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat samada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta kaum wanita serta memfokuskan kepada program kekeluargaan, anak-anak dan masyarakat sama ada dalam bentuk aktiviti, penulisan, media sosial dan kemasyarakatan.

Visi

Memimpin dan menjadi qudwah keluarga dan masyarakat.

Misi

Membangunkan potensi keluarga dan masyarakat dengan nilai-nilai akhlak dan jati diri berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Moto

“Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera, Pemangkin Ummah Beragenda”.


Untuk sebarang kerjasama boleh emel kepada kami di birokeluargamasyarakat@ismasubangjaya.org