Biro Luar Negara

PENGENALAN

Biro Luar Negara menyusun pelbagai program untuk pelajar-pelajar di kolej-kolej persediaan, seperti berbentuk indoor dan outdoor seperti Study Circle (SC), Seminar Adakah Kau Lupa (AKAL), Ceramah Kerjaya Bersama Senior, Kembara Ukhuwah dan pelbagai lagi.

Biro Luar Negara menyusun pelbagai program untuk pelajar-pelajar di kolej-kolej persediaan, seperti berbentuk indoor dan outdoor seperti Study Circle (SC), Seminar Adakah Kau Lupa (AKAL), Ceramah Kerjaya Bersama Senior, Kembara Ukhuwah, Bright star dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang sedang menanti waktu untuk berlepas ke negara asing untuk menuntut ilmu, program-program ‘pre-departure’ disediakan seperti Program Semai Mesra (PSM), Tautan Ukhuwwah dan Selangkah ke Bumi Anbiya (SKBA) khusus untuk memberi pendedahan dan tips survival akademik dan jatidiri semasa di luar negara kelak.

Tidak dilupakan buat yang pulang bercuti panas di tanah air, pelbagai program menarik dirangka seperti Kelas Bahasa Arab, Jalinan Ukhuwah, Kembara Semenanjung dan banyak lagi.

Dari Malaysia ke seluruh pelusuk alam – Inilah erti dakwah merentas benua. Islam itu indah walau di mana ia dianuti. Yang penting, kena jadi Muslim SUPER!

VISI

Melahirkan graduan kelas pertama yang berkepimpinan

MISI

i) Membangunkan sistem pengurusan dan budaya kerja terbaik.

ii) Menjadi pentas pilihan untuk membina kepimpinan yang holistik.

iii) Dana yang mantap dan lestari

MOTTO

Dakwah Merentas Benua


Untuk sebarang kerjasama boleh emel kepada kami di biroluarnegara@ismasubangjaya.org