i-Guru

Rasional Penubuhan

Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGURU) merupakan sebuah pertubuhan yang telah berdaftar secara sah di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 13 Januari 2013. Tujuan utama penubuhan iGURU adalah untuk menjadi barisan hadapan guru-guru muslim khusus menangani isu dalam dunia pendidikan negara. iGURU komited untuk memperjuangkan agenda memperkasakan pendidikan yang berteraskan Islam, mengangkat martabat profesion perguruan dan mendidik masyarakat mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Visi

iGURU menjadi kesatuan guru muslim yang unggul, berpengaruh dan mampu memartabat profesion perguruan, mendepani isu pendidikan, memimpin serta membangun masyarakat islam beragenda dengan kekuatan ahli seramai 10000 menjelang tahun 2020.

Misi

  1. Mempertingkat kewibawaan guru sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat
  2. Menjadikan iGURU sebagai komuniti yang mesra & prihatin dalam memperjuangkan
    kepentingan guru
  3. Mengembleng keupayaan ahli bagi mendepani isu-isu pendidikan nasional
  4. Membina jaringan kesepakatan antara kesatuan guru di seluruh Malaysia
  5. Mewujudkan institusi latihan kepimpinan guru (ILKG)
  6. Memperkasa peranan guru dalam mengembangkan potensi pelajar

Untuk sebarang kerjasama boleh emel kepada kami di biroguru@ismasubangjaya.org