Pemuda ISMA

PENGENALAN

Pemuda ISMA adalah sayap pemuda kepada Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam.

Kami menganjurkan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan citarasa pemuda seperti futsal, badminton, hiking, bbq, berenang dan lain-lain. Kami menggalakkan pemuda terutamanya di kawasan Subang Jaya, Puchong, Putra Height dan Seri Kembangan untuk mengikuti aktiviti anjuran Pemuda ISMA Subang Jaya.

SLOGAN

Berani, bebas & Profesional

VISI

Memimpin pemuda menegakkan tamadun Islam di Malaysia.

MISI

i) menerajui pandangan umum pemuda mengikut acuan Islam.

ii) membina barisan kepimpinan Negara yang berwibawa.

iii) memperkasa jatidiri Islam, kemahiran kepimpinan dan kekuatan ilmu generasi muda.

iv) membina keperibadian pemuda yang lasak, gagah, berani dan berketrampilan.


Untuk sebarang kerjasama boleh emel kepada kami di biropemuda@ismasubangjaya.org