
PENGENALAN
Wanita ISMA merupakan salah satu biro dalam struktur organisasi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang diwujudkan bagi memenuhi aspirasi dan cita-cita ISMA dalam membangunkan ketokohan dan kepimpinan wanita serta membina jaringan dengan agensi-agensi wanita di Malaysia.
Wanita ISMA berusaha menonjolkan tokoh-tokoh wanita ISMA dalam memimpin pandangan masyarakat dalam isu-isu semasa yang melibatkan peranan wanita Islam. Wanita ISMA berhasrat untuk menerajui kepimpinan wanita muslimah di Malaysia. Melalui jaringan yang diwujudkan, Wanita ISMA ingin mengajak NGO-NGO dan agensi wanita lain di Malaysia bersama-sama mendidik kaum wanita menjadi muslimah yang sejati.
SLOGAN
Perjuangan bermula dari rumah.
VISI
Menjadi gerakan Wanita Islam yang dikenali di Malaysia.
MISI
Kami adalah gerakan wanita yang memimpin masyarakat dengan memperkasakan jati diri wanita untuk meneyelamatkan ummah dan martabat islam
Untuk sebarang kerjasama boleh emel kepada kami di ketuawanita@ismasubangjaya.org