Rangkuman aktiviti ISMA Subang Jaya sepanjang Disember

0
592
- RUANG IKLAN -

ISMA Subang Jaya berjaya melabuhkan tirai 2019 dengan 9 program pembangunan jatidiri dan kemasyarakatan pada bulan Disember.

Program Seminar Wanita Islam (SERWANIS) Peringkat Subang Jaya berjaya dilaksanakan pada 15 Disember yang lalu di Dewan Masjid Darul Ehsan SS15 dengan kehadiran lebih 100 orang peserta. Bertemakan “Emosi Sejahtera Wanita Bahagia”, seminar ini berjaya mendidik para peserta untuk menghadapi tekanan emosi dari aspek kesihatan, tarbiah hati dan tips mengurus keluarga dengan lebih berkesan.

Kem Huffaz Cilik untuk adik-adik Kelab NAZIM Subang Jaya telah diadakan pada 16 hingga 19 Disember. Selain aktiviti utama berupa tahsin, tasmik, hafazan Al-Quran dan tahsin solat, para peserta berpeluang mencuba pelbagai lagi aktiviti termasuklah memanah, eksplorasi sains dan kelas memasak.

Pemuda ISMA Subang Jaya tidak ketinggalan menganjurkan program-program pemuda seperti Riadah Badminton pada 20 Disember di DJ Sport Bukit Lanchong dan Riadah Bola Sepak berkala pada 1, 8 dan 29 Disember di Putra Heights. Futsal dwimingguan juga berjaya dianjurkan pada 14 dan 28 Disember 2019 di

I-Guru Subang Jaya melalui I-Guru Selangor bersama-sama Yayasan Ikhlas, Malaysia Debt Ventures, Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan UiTM turut berjaya melaksanakan Program Kit Bantuan Ke Sekolah pada 24 Disember di PPR Lembah Subang 2 bagi meringankan beban menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula.

Seminar Pengurusan Kewangan Islam untuk ahli-ahli ISMA Subang Jaya juga telah diadakan pada 31 Disember di Pejabat ISMA Subang Jaya oleh Encik Muhammad Farhan, Bendahari ISMA Shah Alam.

Selain penganjuran program, Pasukan Bola Sepak ISMA Subang Jaya berjaya memenangi tempat pertama dalam perlawanan persahabatan dengan Al-Falah FC pada 20 Disember, manakala KRIM Subang Jaya berjaya memenangi tempat pertama dalam Kejohanan Futsal Santai anjuran KRIM Pusat pada 21 Disember.

ISMA Subang Jaya mendoakan agar amal tarbiah dan dakwah Islamiah akan lebih gencar tahun baru 2020.

“ISMA Subang Jaya, memang ada gaya!”

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang / Jurnalis
ISMA Subang Jaya

- RUANG IKLAN -
- RUANG IKLAN -

SILA TINGGALKAN SEBARANG KOMEN

Sila tekan komen anda!
Sila masukkan nama anda